Get Adobe Flash player

YB Darell Leiking

latest NEWS

2015-04-16 Webmaster The Issues KUALA LUMPUR 16 APRIL- Bukan sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan, bahkan rakyat perlu menolak kerajaan BN bagi menghentikan penyelewengan wang rakyat, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Beliau merujuk serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib Razak berhubung urustadbir kerajaan termasuk kerugian ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut Zuraida, bekas Perdana menteri itu telah menyatakan secara jelas bahawa ramai pihak akan didakwa di mahkamah sekiranya Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang. “Bukan sahaja Najib perlu meletak jawatan, tetapi rakyat perlu tumpukan pada tekanan yang lebih melalui peti undi untuk memastikan bahawa BN tidak lagi akan berkuasa jangka masa akan datang. “Ini adalah untuk menghentikan semua salah urus wang rakyat,” katanya dalam kenyataan media. Katanya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini mempersoalkan tentang perbelajaan luar biasa kerajaan seperti pembelian jet baharu, perkahwinan mewah dan program Permata oleh Datin Seri Rosmah Mansor. “Jumlah besar perbelanjaan tersebut adalah tidak bermoral terutama ketika rakyat dipaksa untuk membayar GST 6% untuk menampung jumlah hutang negara terkumpul oleh kerajaan BN,” katanya. Menurutnya, kerajaan BN sehingga kini gagal memberi penjelasan konkrit bagaimana 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dengan bank-bank tempatan dan gagal membayar pinjaman. Sumber : KeadilanDaily.com

Najib bukan saja perlu letak jawatan, rakyat wajib tolak BN

KUALA LUMPUR 16 APRIL- Bukan sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan, bahkan rakyat pe...

2015-03-19 Webmaster The Issues (Ermizi Muhammad) KUALA LUMPUR 19 MAC: Sekretariat Kita Lawan hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menggesa pihak polis menghentikan segala bentuk pencabulan dan salah guna kuasa terhadap pimpinan dan aktivis pembangkang. IMG_4823Ia berikutan siri penahanan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang dikatakan menganjurkan perhimpunan yang tidak mengikut Undang-Undang 143 Kanun Keseksaan mengikut tanggapan pihak polis. Dalam pertemuan itu, Sekretariat KitaLawan menuntut SUHAKAM menjalankan satu inkuiri bagi menyiasat salah laku pihak polis terutamanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dilihat sering membelakangi prinsip hak asasi manusia berikutan siri penahanan dan diskriminasi yang dikenakan ke atas pemimpin dan aktivis pro-pembangkang. Selain itu, mereka menuntut SUHAKAM mengecam tindakan polis yang gagal mempraktikkan hak demokrasi rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi. Bercakap kepada media, wakil sekretariat KitaLawan, Syukri Razak mempersoal penahanan tersebut mencabuli hak asasi rakyat dan dibuat tanpa justifikasi jelas. “Apa yang menimbulkan persoalan, tangkapan ini dibuat selepas perhimpunan ini selesai dan diisytiharkan sebagai himpunan aman. Namun yang peliknya, selepas perhimpunan habis saja, pemimpin ini ditangkap malah ada yang direman. “Lebih mendukacitakan, ada juga yang ditahan ketika mereka ini memberikan kerjasama yang baik dengan hadir ke balai polis untuk diambil percakapannya dan bila mereka hadir, mereka ditangkap. “Tindakan ini satu perkara yang agak pelik dan apa asasnya penahanan ini dibuat? Sedangkan mereka ini memberikan kerjasama yang baik untuk hadir memberi keterangan, misalnya merujuk kepada penahanan Ustaz Fakrulrazi,” jelasnya. Beliau turut merujuk penahanan aktivis Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan dan membiarkan dengan sengaja kedua-duanya untuk tinggal lebih lama di dalam lokap. “Dalam kes Adam Adli dan Fakrulrazi pula, mereka ini ditahan pada 14 Mac, dan hanya diambil keterangan dan siasatannya hanya pada 16 Mac. Jadi apa motif reman itu dibuat pada 14 Mac? “Jelas polis sengaja membiarkan mereka ditahan lebih lama yang mana tindakan mencubli prinsip kesaksamaan di bawah undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan dan asasi manusia,” tegasnya. Sehingga kini, seramai 10 individu telah ditahan dan ada yang direman berhubung himpunan #KitaLawan 7 Mac lalu. Antaranya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli , Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa, Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Fakhrulrazi Mokhtar, Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong, Aktivis Adam Adli, Mandeep Singh, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Aktivis Jayatas.  Sumber : KeadilanDaily.com

Memorandum pada Suhakam siasat salahlaku polis, KPN

(Ermizi Muhammad) KUALA LUMPUR 19 MAC: Sekretariat Kita Lawan hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak ...

2015-03-19 Webmaster The Issues KUALA LUMPUR 19 MAC- Melihat ayahnya, seorang aktivis, dibawa ke penjara semalam, mencetuskan api perjuangan dalam jiwa seorang anak yang berusia 14 tahun, Asiah Latif. “Ia begitu pelik bagaimana dia dalam penjara kerana dia berjuang untuk keadilan. Saya tidak akan berhenti berjuang untuk apa yang betul. Saya sayang Abah,” kata Asiah dalam posting dalam bahasa Inggeris di Facebook. Asiah LatifBapa Asiah, Bad Latif Mansor adalah antara 13 orang yang dihantar menjalani hukuman penjara selama 10 bulan mulai semalam, apabila Mahkamah Rayuan mendapati mereka bersalah menyertai perhimpunan haram. Mereka juga dikenakan denda RM5,000 setiap seorang kerana menyertai demonstrasi membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak dalam satu rampasan kuasa politik di negeri ini pada tahun 2009. Ibunya, Nashita Md Noor dalam satu lagi posting di Facebook berkata keluarganya akan tetap kuatkan diri, lapor Malaysiakini. “Akhirnya dia tidak kembali bersama kami [...] InsyaAllah, kami kuat. Alhamdulillah.” Selain Bad Latif, yang lainnya yang turut dibawa penjara ialah Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusuf Jaafar, 49. Terdahulu, Lawyers for Liberty mengkritik apa yang dilihatnya sebagai ‘double standard’ dalam pemenjaraan 13 peserta demonstras tersebut. Pengarah Eksekutif NGO itu, Eric Paulsen berkata hukumannya berbeza sama sekali dengan hukuman ke atas 15 orang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tahun lepas. Katanya, hukuman terhadap 13 orang itu semalam keras, berbanding dengan denda RM1,500 yang dikenakan ke atas 15 orang yang menyerbu DUN Pulau Pinang tahun lepas, mengancam penghuninya dan juga merosakkan harta benda. Lima belas lelaki di Pulau Pinang itu marah dengan ADUN Seri Delima RSN Rayer yang memanggil Umno “celaka” dan menuntutnya menunjukkan dirinya. Dalam kes di Perak, kata Paulsen dalam satu kenyataan semalam, Mahkamah Rayuan sepatutnya mengambil kira “keadaan peringan” berhubung protes tersebut. Katanya, ia secara umumnya aman dan bertujuan untuk mencegah rampasan kuasa yang amat kontroversi terhadap kerajaan yang dipilih secara sah, Pakatan Rakyat Perak. Paulsen menggesa mahkamah melindungi perlembagaan persekutuan dan menegakkan kebebasan asasi. Sumber : KeadilanDaily.com

Anak aktivis ikrar berjuang untuk abah

KUALA LUMPUR 19 MAC- Melihat ayahnya, seorang aktivis, dibawa ke penjara semalam, mencetuskan api perjuangan dalam jiw...

2015-03-19 Webmaster The Issues (Oleh: Azuan Ab Rahman) KUALA LUMPUR 18 MAC- Keputusan tidak membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri persidangan dewan rakyat adalah usaha melenyapkan suara ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah berkata, Anwar dihalang menghadiri sidang berkenaan meskipun Speaker Dewan sebelum ini mengesahkan beliau masih Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Nurul Izzah“Kita tahu ini perancangan besar untuk melenyapkan suara pembangkang, sebagai satu cara untuk kita tidak mendedahkan skandal utama dalam negara,” “Pihak eksekutif, Menteri Dalam Negeri menolak pendirian yang dibuat badan legislatif negara (parlimen),” tegasnya dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini Sehubungan itu, tegasnya, KEADILAN akan tetap berusaha mengembalikan hak ketua pembangkang itu meskipun mendapat tekanan daripada pihak berkuasa. Terdahulu, pasukan peguam Anwar hadir ke Kompleks Mahkamah Persekutuan di Jalan Duta bagi memohon semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Penjara Malaysia yang menolak permohonan Awanr menghadiri sidang Dewan Rakyat. Peguam N. Surendran berkata penolakan tersebut merupakan peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam mana-mana sejarah apabila ketua pembangkang dihalang menjalankan tugasnya di Parlimen. “Perlu diingat, Jabatan Penjara juga tidak memberi sebab kenapa Anwar sebagai ketua pembangkang yang disahkan sendiri oleh speaker beliau masih memegang kerusi Permatang Pauh, tetapi tidak dibenarkan menghadiri Parlimen,” katanya. Pada 10 Mac lalu Jabatan Penjara Malaysia tidak meluluskan permohonan Anwar untuk menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13. Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata ia diputuskan selepas pertimbangan dibuat dan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995. Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai‎ menegaskan mengikut Akta Penjara, seseorang pengarah penjara mempunyai kuasa bagi membenarkan kehadiran ketua pembangkang di dalam persidangan Parlimen. Mengikut Perlembagaan Persekutuan sesebuah kerusi tidak akan diumumkan sebagai kosong sehinggalah Lembaga Pengampunan mempertimbangkannya dan membuat keputusan mengenainya. Sumber : KeadilanDaily.com

Usaha lenyapkan suara ketua pembangkang di parlimen- Izzah

(Oleh: Azuan Ab Rahman) KUALA LUMPUR 18 MAC- Keputusan tidak membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri persidangan dewan r...

YB Darell Leiking

Temubual bersama YB. Darell Leiking @

Saluran Youtube

Saksikan koleksi temubual khas YB Darell Leiking di Saluran Youtube kami.

KLIK DI SINI >>
Sekitar Penampang

Sekitar

PENAMPANG

Merangkumi isu-isu semasa di Parlimen P.174 Penampang. Bahagian ini juga akan memaparkan keperluan rakyat di kawasan ini dari masa ke semasa.

KLIK DI SINI >>

Kenyataan

Akhbar

Merangkumi kenyataan-kenyataan akhbar daripada YB Darell Leiking, YB Terence Siambun dan lain-lain pemimpin parti yang menyentuh isu-isu semasa di Parlimen P.174 Penampang.

 

Parti Keadilan Rakyat - Cabang Penampang ©2014-2015. Hak Cipta Terpelihara